Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan curi komponen lori

Iklan
Gambar hiasan.

NIBONG TEBAL - Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Chong berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah. Suspek kini direman empat hari hingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan

Iklan