5,000 hartanah bernilai RM3 bilion dipamer di Mapex Perak

Iklan
May Ang (tiga dari kanan) bersama barisan jawatankuasa Mapex Perak yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Oktober ini di Ipoh Parade.

IPOH - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Perak akan mempamerkan 5,000 hartanah bernilai lebih RM3 bilion pada Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) yang berlangsung di negeri ini bulan depan.

Naib Pengerusinya, May Ang Chan Moy berkata, hartanah kediaman dipamerkan bermula dari harga serendah RM90,000 hingga RM3.3 juta seunit.

Iklan
Iklan

"Majoriti hartanah perumahan ini terdapat di kawasan Ipoh, Kampar, Bidor, Taiping, Seri Iskandar dan Bangsar South, Kuala Lumpur.

"Bagi pembeli rumah kali pertama dengan nilai RM500,000 dan ke bawah akan dikecualikan daripada duit setem. Pengecualian 100 peratus duti setem itu terpakai sehingga akhir 31 Disember 2025," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Rehda Perak, Ir Loh Ban Ho.

Rehda Perak mempamerkan 5,000 hartanah dengan nilai lebih RM3 bilion sempena Mapex barisan jawatankuasa Mapex Perak yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Oktober ini di Ipoh Parade.

Mapex Perak berlangsung selama tiga hari pada 4 hingga 6 Oktober depan di Ipoh Parade dan bakal dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Iklan

May Ang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mapex berkata, tahun ini sebanyak 38 gerai dengan 20 lebih pemaju mengambil bahagian menawarkan hartanah kediaman dan komersial termasuk tanah perindustrian

Katanya, sepanjang tiga hari ekspo berlangsung, baucar menarik sehingga RM500, pelbagai aktiviti serta cabutan bertuah termasuklah sebuah kereta menanti pembeli rumah.

"Selari dengan usaha kerajaan ke arah kelestarian dalam sektor hartanah, kita juga menganjurkan sesi bual bicara khas berkaitan bangunan hijau pada 5 Oktober nanti dikendalikan GreenRE Sdn Bhd.

"Langkah ini sebagai galakan dan kesedaran orang ramai terhadap pembangunan hartanah mesra alam," katanya.