UMNO tidak sorok 'isteri baharu' di Mahkota - Azmin

Iklan
Mohamed Azmin berucap dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu malam Khamis.

KLUANG – Berbeza di Nenggiri, UMNO kini tidak menyorokkan lagi 'isteri baharunya' apabila bergandingan dengan cukup baik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, UMNO dilihat berani berbuat demikian pada PRK kali ini.

"(Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi (UMNO) sudah berkahwin dengan DAP tetapi di (PRK DUN) Nenggiri dia sorok isteri baru dia, tak mahu orang Melayu tengok, takut (kalah).

Iklan

"Tapi di Mahkota dia bawa isteri baru dia,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu di sini malam Khamis.

Hadir sama Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, DAP hari ini sudah melampau apabila mencetuskan kontroversi berhubung pensijilan halal baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

"Mengapa perkara ini dibangkitkan, apa masalah Teresa Kok,” soal beliau terhadap kenyataan Naib Presiden DAP dan Ahli Parlimen Seputeh itu.

Katanya, isu tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan kerana sijil halal tidak sepatutnya menjadi isu besar sehingga mengundang kemarahan orang Islam.

Bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sewaktu beliau menjawat jawatan menteri sebelum ini, permintaan tinggi dalam kalangan orang bukan Islam untuk pensijilan halal.