SHAH ALAM - Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini yang berterusan sehingga November depan.
Fasa tersebut menyaksikan negara bakal menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
Iklan
Iklan
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei 2024.
"Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh berkenaan dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi hotline jabatan di talian 1-300-22-1638 atau layari laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi.