Maritim bantu rawat kru kapal tangki putus jari

Iklan
Tilik Raj dibawa menaiki ambulan untuk ke hospital.

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi bantuan perubatan kepada seorang kru kapal tangki yang putus jari telunjuk tangan kirinya ketika menjalankan tugas di kapal terbabit.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil, Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima makluman dari kapal tangki yang berdaftar dari San Marino itu pada jam 12.40 tengah hari Khamis berhubung insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebaik menerima panggilan, sebuah bot ronda maritim diarahkan ke lokasi namun ia tidak berjaya susulan faktor cuaca buruk sebelum sebuah kapal Maritim KM Satria ditugaskan ke lokasi kapal tangki terbabit yang berada pada kedudukan 12.2 batu nautika timur laut Tanjung Punggai.

"KM Satria tiba di lokasi pada jam 5.00 petang dan mendapati mangsa Tilik Raj, 59, merupakan warganegara India dan bekerja sebagai Electro Technical Officer (ETO).

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang sebelum dibawa ke hospital KPJ Pasir Gudang pada jam 7.10 petang," katanya.