Perkhidmatan kereta api menuju Gatwick dibatalkan angkara tupai

Iklan
Perkhidmatan kereta api menuju Lapangan Terbang Gatwick di Britain terpaksa dibatalkan selepas kehadiran dua ekor tupai di dalam kereta api terbabit. Foto hiasan

WASHINGTON - Perkhidmatan kereta api menuju Lapangan Terbang Gatwick di Britain terpaksa dibatalkan selepas kehadiran dua ekor tupai di dalam kereta api terbabit, lapor United Press International (UPI).

Great Western Railway (GWR) memaklumkan bahawa kereta api dari Reading, England, menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London terpaksa dilencongkan pada Sabtu akibat kehadiran tupai yang menyebabkan gangguan kepada para penumpang.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa segera memindahkan penumpang ke gerabak lain, sementara seorang pekerja Network Rail cuba mengumpan haiwan itu keluar dari kereta api di hentian Redhill menggunakan makanan.

Namun, kereta api itu kembali ke Reading selepas seekor daripada tupai itu enggan meninggalkan kereta api.

Iklan

"Kami mengesahkan bahawa perkhidmatan 08.54 dari Reading ke Gatwick ditamatkan di Redhill selepas dua ekor tupai ‘menaiki tren di Gomshall tanpa tiket’, melanggar peraturan kereta api.

"Kami cuba mengeluarkan mereka di Redhill, tetapi seekor lagi tupai enggan keluar dan akhirnya kereta api itu kembali ke Reading,” kata wakil Great Western Railway kepada BBC. - Bernama

Iklan