Diskaun 30 peratus saman trafik di Karnival Kita Madani peringkat Kedah

Iklan
Gambar hiasan.

ALOR SETAR, - Kaunter semakan dan bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diskaun sebanyak 30 peratus, merupakan antara acara menarik di Karnival Kita MADANI 2024 peringkat Negeri Kedah, yang berlangsung mula hari ini hingga esok.

Iklan
Iklan

Karnival anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kedah dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan lain, menyasarkan kira-kira 3,000 pengunjung di negeri ini.

Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Kedah, Aidatul Shima Che Hassan berkata, karnival tersebut adalah program turun padang dan sesi libat urus JaPen bersama masyarakat setempat dalam suasana yang santai.

Iklan

"Program ini adalah platform JaPen untuk memasarkan maklumat, dasar, inisiatif kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia MADANI kepada komuniti setempat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, karnival itu diadakan di Taman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani dan akan dirasmikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mewakili Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Iklan
Aidatul Shima berkata, aturcara karnival dimulakan pada jam 9 malam ini menerusi program pertandingan E-Sport serta Sembang Santai Belia Setempat Bersama Ahli Parlimen Sungai Petani.

Esok, karnival akan diteruskan dengan pelbagai aktivit dan program termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, Jualan Lotus Sungai Petani, Jualan Hasani Book Store dan Jualan Usahawan Tempatan.

"Turut diadakan adalah Taklimat Budi MADANI oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pertanian.

"Selain itu, penebusan baucar buku MADANI, kaunter bergerak yang menawarkan pelbagai perkhidmatan oleh pelbagai agensi turut disediakan, bersama pameran oleh agensi kerajaan serta cabutan bertuah,” katanya.

Aidatul Shima berkata pihaknya berharap orang ramai mengambil peluang mengunjungi karnival itu yang turut bertujuan menyemarakkan hubungan antara pemimpin, kerajaan dengan masyarakat. - Bernama