Subjek Integriti dan Kepimpinan bantu graduan MMU hadapi cabaran dunia pekerjaan

Iklan
Peserta serta tetamu jemputan pada Hari Integriti dan Kepimpinan 2024.

CYBERJAYA - Subjek wajib Integriti dan Kepimpinan (INL) kepada pelajar Universiti Multimedia (MMU) merupakan langkah tepat persiapan bakal graduan berdepan cabaran dunia pekerjaan.

Pensyarah INL, Zakiah Manjanib berkata, pihak unversiti tidak hanya mengutamakan pencapaian akademik semata-mata tetapi pada masa sama turut menekankan aspek sahsiah serta jati diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesedaran berkaitan salah guna kuasa dan rasuah penting untuk melahirkan kepimpinan berintegriti.

"Ini peluang kita dedahkan kepada pelajar dan barisan pensyarah berkaitan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, seperti pemberian hadiah yang boleh dianggap sebagai satu bentuk rasuah.

Iklan

"Begitu juga penggunaan teknologi AI yang turut menjadi cabaran dalam integriti akademik selain menekankan kesedaran kepada pelajar, tidak datang kelas semata untuk mengisi kehadiran sahaja," katanya pada Hari Integriti dan Kepimpinan 2024 di Dewan Tun Canselor di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin diundang pada majlis itu bagi menyampaikan topik berkaitan Kepentingan Kepimpinan Dalam Era Millenium.

Iklan

Katanya, pada tahun ini seramai 2,200 pelajar tahun satu mengikuti subjek berkenaan dan merupakan syarat wajib graduasi.

Pelajar MMU pada Hari Integriti dan Kepimpinan 2024.

Tambahnya, tenaga pengajar terdiri individu berpengalaman dalam Pertubuhan Anti Korupsi (Pakar) yang ada antaranya merupakan bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini merupakakan permulaan kepada pelajar untuk diberikan pendedahan berkaitan integriti dan rasuah selain aspek kepimpinan dan keterampilan.

"Kelas diadakan empat jam setiap minggu disusuli beberapa kuiz serta tugasan video berkaitan subjek termasuk kesedaran mengenai rasuah," katanya.

Sementara itu, pelajar jurusan Sains Komputer, Farisya Nazwa Mohd Nazrihadi, 20, berkata, kesedaran peringkat awal penting agar pelajar tahu amalan rasuah boleh memberi impak negatif kepada pembangunan negara.

"Pendedahan ini buat kami lebih waspada dan tidak terlibat dengan amalan tidak sihat terutamanya rasuah.

"Saya setuju kesedaran integriti dan rasuah ini dibawa masuk ke sektor pendidikan dengan harapan amalan ini dapat dihapuskan pada masa hadapan," katanya.

Seorang pelajar jurusan Kewangan, Mushofa Kamil Rustam, 20, berkata, bapanya yang merupakan ahli perniagaan banyak menerapkan kepentingan tolak rasuah kerana tidak mahu ada dalam kalangan ahli keluarga terjebak dalam amalan itu.

"Sangat bagus beri kesedaran di peringkat awal kerana impak rasuah sangat buruk sama ada kecil atau besar kerana apabila sudah terbiasa, ia boleh menjatuhkan ekonomi negara.

"Bapa selalu tekankan yang rasuah hanya beri kesenangan yang sekejap tapi beri kesan buruk untuk jangka masa panjang justeru sebagai orang bisnes perlu bergantung kepada usaha dan reda," katanya.