Seludup mercun, cuba langgar polis

Iklan
Mercun yang dirampas - Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Polis merampas lapan kotak mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM40,000 dalam serbuan di kawasan Taman Sri Saujana di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kesemua mercun berkenaan didapati di sembunyikan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi As 4WD.

Iklan
Iklan

Katanya, dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, polis turut menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri.

"Semasa serbuan dijalankan, suspek telah cuba melanggar anggota polis.

Iklan

"Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap sebelum sempat melarikan diri," katanya.

Anggaran kesalahan yang dilakukan secara kesuruhannya berjumlah RM42,000.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta bahan letupan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.