Banduan larikan diri: Loloskan tangan bergari pada katil

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SUNGAI BULOH - Banduan yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Rabu lalu dipercayai meloloskan tangan bergari pada katil.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati banduan terbabit dihantar ke hospital berkenaan disebabkan telinga berdarah.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati banduan berkenaan digari pada katil, namun dipercayai berjaya meloloskan tangan sebelum bertindak melarikan diri.

"Susulan usaha mengesan banduan terbabit sedang giat dijalankan secara berterusan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Banduan yang memiliki lapan rekod jenayah dan dadah itu dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27, didapati tiada di katilnya dan dipercayai melarikan diri.

Iklan