Para Sukma 2024: KL hantar 61 atlet, 70 peratus muka baharu

Iklan
Zaliha percaya dengan bimbingan jurulatih dan dedikasi diberikan, kontinjen Kuala Lumpur mampu melakukan yang terbaik.

KUALA Lumpur menghantar 61 atlet bertanding dalam sembilan acara pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak bermula 22 hingga 28 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, walaupun 70 peratus daripada mereka adalah atlet baharu, namun beliau percaya dengan bimbingan jurulatih dan dedikasi diberikan, mereka mampu melakukan yang terbaik.

Iklan
Iklan

"Saya yakin kontinjen kita ini akan memberikan persaingan sengit di Sarawak nanti,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Kem Akhir dan Penyerahan Kontinjen Para Sukma Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Zaliha (tengah) pada Majlis Penutupan Kem Akhir dan Penyerahan Kontinjen Para Sukma Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Zaliha mengulas lanjut berkata, komitmen dan penglibatan semua yang ada pada majlis itu mencerminkan kesungguhan kontinjen untuk mencipta sejarah dengan pencapaian yang membanggakan di Sarawak nanti.

Iklan

"Melalui penyertaan ini, kita bukan sahaja mendidik masyarakat tentang inklusiviti, malah juga memperkukuhkan sokongan terhadap golongan OKU dalam sektor sukan.

"Saya ambil contoh, Cheah Liek Hou, anak kelahiran Kuala Lumpur telah mencipta sejarah dengan memenangi emas pertama Malaysia dalam sukan para badminton di Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Iklan

"Ini membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil, yang penting tekad dan usaha yang bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaliha turut berharap dapat melihat lebih ramai lagi bintang Wilayah Persekutuan dihasilkan daripada Kejohanan Para Sukma pada kali ini ke temasya sukan Paralimpik Los Angeles pada 2028 nanti.