Jentera BN-PH semakin serasi di Mahkota

Iklan
Syed Hussien (tengah) bergambar dengan jentera Pakatan Harapan di DUN Mahkota.

KLUANG - Kerjasama jentera parti Kerajaan Perpaduan semakin serasi pada hari ke tujuh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat Jumaat.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, permuafakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN) di Mahkota cukup baik sekali gus menyebabkan gerak jentera cukup lancar.

Iklan
Iklan

"Saya lihat kebersamaan ini diterjemah dalam gerak kerja kempen. Mereka (PH) juga bersungguh-sungguh pastikan calon dari BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan mampu memenangi PRK kali ini.

"Pada saya tiada apa lagi hendak dipertikaikan dari segi kebersamaan ini," katanya yang ditemui selepas Kenduri Rakyat di Kampung Tengah pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Syed Hussien berkata, pengundi Mahkota diingatkan tidak tertipu dengan manifesto pihak lawan pada PRK kali ini.

Jelasnya, ini kerana walaupun BN tidak mempunyai manifesto pada kali tetapi usaha membela rakyat sentiasa dilakukan berdasarkan agenda Maju Johor 2030 yang dirangka kerajaan negeri.

Iklan

PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, manakala PN diwakili Mohamad Haizan Jaafar, 61.