PRK DUN Mahkota: Mahasiswa baharu menggundi dibenar daftar lewat

Iklan
Zambry

KLUANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kelonggaran mendaftar lewat kepada mahasiswa baharu universiti awam yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sehingga 29 September ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu diambil bagi menghormati hak pengundi seperti tertakluk dalam Perlembagaan, mengambil kira hari pengundian bagi PRK itu ditetapkan pada 28 September ini.

Iklan
Iklan

"Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 universiti awam sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zambry berkata, mahasiswa yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing untuk memaklumkan status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota.

Iklan

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasioanal (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. - Bernama

Iklan