Polis buru suspek langgar lari anggota URB

Iklan
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan kejadian langgar lari membabitkan anggota URB dan sebuah kereta di Jalan Gombak, berhampiran KL Traders Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan kejadian langgar lari membabitkan sebuah kereta dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Setapak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu jam 12.11 tengah hari.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, anggota URB yang terbabit dalam kemalangan tersebut mengalami luka di bahagian siku.

"Sehingga ini, pemandu kenderaan terbabit masih gagal membuat laporan polis membabitkan kejadian tersebut.

Iklan

"Pihak polis sedang mengesan kenderaan dan pemandu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kejadian berlaku di Jalan Gombak, berhampiran KL Traders Square pada Rabu.

Iklan

Kata beliau lagi, alamat mengikut rekod adalah di Pulai, Johor.

Namun begitu katanya, hasil pemeriksaan dijalankan di kediaman tersebut mendapati ia kosong.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.