Ancaman panas melampau, kimchi naik harga

Iklan
Sayur kubis antara bahan utama untuk membuat kimchi yang disajikan dengan masakan lain di Korea Selatan. Foto AFP

SEOUL - Gelombang haba yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh Korea Selatan menyebabkan harga sayur kubis melonjak.

Kobis adalah bahan utama untuk membuat hidangan kimchi yang lazimnya di tambah dalam pelbagai jenis masakan di Korea Selatan.

Iklan
Iklan

Menurut data yang dikeluarkan oleh Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation yang dikendalikan kerajaan, harga sebiji kubis mencecah 9,337 won (RM29.35) pada Khamis iaitu naik sehingga 69.1 peratus berbanding hari sama pada tahun lalu.

"Perubahan iklim telah mengubah corak penyakit tanah.

Iklan

"Sebagai contoh, penyakit kulat bawaan tanah yang menyebabkan akar reput dan kubis cepat layu,"kata ahli virologi di Institut Sains Tanaman Negara, Lee Young-gyu kepada AFP.

Lee berkata, terdapat juga laporan mengenai anak benih kubis yang mati akibat panas melampau atau 'hangus' di bahawa cahaya matahari terik.

Iklan

Bulan ini, Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar Korea Selatan menubuhkan sebuah institut penyelidikan khusus bagi menangani ketidakstabilan bekalan kubis di tanah tinggi.

Badan itu telah memberi amaran bahawa jika tiada langkah diambil untuk menangani perubahan iklim, kawasan yang sesuai untuk penanaman kubis musim panas boleh lenyap menjelang 2090.

Agensi cuaca awal bulan ini berkata, tahun ini Korea Selatan mengalami purata suhu musim panas tertinggi sejak rekod sedemikian bermula setengah abad lalu iaitu hampir dua darjah lebih tinggi daripada purata sebelum ini. - AFP