Dakwaan serangan babit kerabat diraja: Kertas siasatan dirujuk kepada pejabat DPP

Iklan
Yahaya Othman

KUANTAN - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di sini pada Jun lepas telah dirujuk kepada Pejabat Timbatan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkenaan.

Iklan
Iklan

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini bertitah tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat diraja, dan baginda mahu siasatan itu dilakukan segera, telus, adil serta tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.

Pada 5 September lepas, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat diraja Pahang dan dilaporkan mangsa cedera di paha serta menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki. - Bernama

Iklan
Iklan