Koronavirus: Remaja OKU meninggal dunia selepas bapa dikuarantin

Iklan
Nama Yan Cheng trending di media sosial sejak berita kematiannya tular. - Foto Weibo

BEIJING - Seorang remaja lelaki kurang upaya (OKU) di China meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian apabila bapanya dikuarantin kerana disyaki dijangkiti koronavirus.

Yan Cheng, 17, yang berkerusi roda kerana menghidap penyakit cerebral palsy tidak mampu bercakap, berjalan atau makan sendiri.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ibunya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Bapa Cheng, Yan Xiaowen dikuarantin pada 22 Januari lalu dan didiagnos dengan wabak membawa maut itu lima hari kemudian.

Iklan

Bapanya juga dikatakan ada memohon bantuan di media sosial merayu seseorang untuk menjaga anaknya sepanjang dia dikuarantin.

Permohonan bertajuk 'Rayuan untuk mendapatkan bantuan daripada seorang bapa yang didiagnos dengan novel coronavirus' bagaimanapun terlambat apabila anaknya disahkan meninggal dunia pada 29 Januari.

Iklan

"Xiaowen tidak dapat menjaga kehidupan seharian Cheng kerana sedang diasingkan. Jadi, dia meminta bantuan saudara-mara, orang kampung dan doktor kampung untuk menjaga anaknya," kata jurucakap kerajaan daerah Hongan.

Susulan kematian remaja itu, Setiausaha Parti Komunis dan Datuk Bandar dipecat kerana gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

Berita kematian tragis itu mencetuskan kemarahan dan kesedihan di media sosial dan sebelum ini pihak berkuasa wilayah Hubei dikritik kerana didakwa tidak mendedahkan maklumat mengenai jangkitan wabak Wuhan.

Melalui laman web mikroblogging Cina, Sina Weibo, tanda pagar bapa mangsa cerebral palsy Hubei bersuara telah dibaca 270 juta kali manakala tanda pagar Datuk Bandar dipecat telah dibaca 66 juta kali setakat pagi ini. - AFP