Banjir di Pulau Pinang beransur pulih

Iklan
Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih apabila seramai 497 mangsa daripada 136 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 4 petang pada Jumaat. Foto Bernama

BUTTERWORTH - Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih apabila seramai 497 mangsa daripada 136 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 4 petang pada Jumaat.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 386 orang daripada 98 keluarga di empat PPS.

Iklan
Iklan

Di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) jumlah manga banjir berkurangan kepada 40 orang daripada 19 keluarga di sebuah PPS manakala bagi Daerah Seberang Perai Tengah pula masih 71 keluarga juga dari 19 keluarga di dua PPS yang dibuka.

"Empat daripada 11 PPS yang dibuka sebelum ini di Pulau Pinang telah ditutup selepas semua mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Iklan

"Antara PPS yang ditutup ialah di Sekolah Kebangsaan Penanti (SPT), Dewan Bukit Teh (SPT), Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa (SPT) dan Dewan Sungai Bakap (SPS)," kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Sementara itu antara PPS yang masih beroperasi ialah dewan MPKK Sanglang (SPS), Dewan Banjir Lebuh Banting (SPU), Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi (SPU) dan Sekolah Kebangsaan Padang Menora (SPU).

Iklan

Selain itu, di SPT dua PPS yang masih beroperasi ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir dan Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah di Guar Jering.