'Saya ziarah arwah dua bulan lalu, keadaannya nampak uzur' - Dr Zulkifli

Iklan
Dr Zulkifli (kiri) menziarahi Allahyarham dua bulan lalu di kediamannya.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith didakwa sudah kelihatan uzur sejak dua bulan lalu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun keadaan Allahyarham kurang memuaskan tetapi masih mampu melayan beliau dengan baik.

Iklan
Iklan

"Hari ini saya mendapat makluman berita pemergian sahabat saya, arwah Eddin Syazlee semasa tempoh saya berkhidmat sebagai Menteri.

"30 Ogos lalu, saya menziarahinya di rumah. Nampak keadaannya agak uzur tetapi masih ceria melayan saya dengan kisah-kisah semasa kami berada dalam Kabinet," katanya dalam menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan
Eddin meninggal dunia di kediamannya di Taman Bukit Chedang, Seremban pada Jumaat.

Pada masa sama, Zulkifli turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

Sebelum ini media melaporkan, arwah meninggal dunia di kediamannya di Taman Bukit Chedang, Seremban pada Jumaat.

Iklan

Allahyarham berusia 50 tahun yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Pilah menghembuskan nafas terakhir jam 7.10 pagi.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker, Allahyarham sememangnya mempunyai masalah kesihatan dan ada menerima rawatan di hospital.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Chedang bagi urusan solat jenazah kira-kira jam 10.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale selepas solat Jumaat.