Lebih 64 juta pelancong domestik pada suku kedua tahun ini

Iklan
Seramai 64.8 juta pelawat domestik direkodkan bagi suku kedua 2024. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 64.8 juta pelawat domestik direkodkan bagi suku kedua 2024, meningkat 23.8 peratus berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sejajar dengan peningkatan itu, perbelanjaan pelancongan domestik bagi suku kedua 2024 juga meningkat 28.6 peratus iaitu RM28.1 bilion.

Iklan
Iklan

Mohd Uzir berkata, prestasi pelancongan domestik negara pada tahun 2023 terus menunjukkan pertumbuhan kukuh dengan ketibaan pelawat domestik merekodkan 213.7 juta orang, peningkatan 24.6 peratus berbanding 171.6 juta pada tahun sebelumnya.

"Selain itu, terimaan pelancongan domestik turut meningkat 32.5 peratus iaitu RM84.9 bilion yang memberi gambaran impak positif selepas pembukaan semula semua aktiviti ekonomi.

Iklan

"Namun begitu, jika dibandingkan dengan tahap pra-pandemik pada tahun 2019, jumlah pelawat domestik masih 10.6 peratus lebih rendah dan terimaan juga turut menyusut 17.7 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata, selari dengan pemulihan nasional, prestasi pelancongan domestik Malaysia, semua negeri merekodkan peningkatan ketara daripada segi volum dan jumlah terimaan pelancongan.

Iklan

Pada tahun lepas, Selangor merekodkan terimaan pelancongan domestik tertinggi dengan RM11.1 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM11.0 billion), Sarawak (RM6.94 billion) dan Pahang (RM6.73 billion), tambah Mohd Uzir.

Beliau berkata membeli-belah merupakan komponen terbesar daripada jumlah terimaan dengan sumbangan keseluruhan RM30.84 billion selain perbelanjaan makanan dan minuman, penginapan serta pembelian bahan api kenderaan.

"Melawat saudara dan rakan-rakan merupakan tujuan utama perjalanan bermalam pelancongan domestik untuk semua negeri kecuali Labuan adalah bagi percutian, riadah dan rehat,” katanya.

Mohd Uzir berkata, purata bilangan hari menginap (ALOS) nasional adalah 2.45 malam, sedikit menurun berbanding 2.55 malam pada 2022, manakala beberapa negeri merekodkan ALOS melebihi peringkat nasional seperti Sarawak (3.48 malam), Kelantan (3.07 malam), Labuan (2.89 malam), Kuala Lumpur (2.70 malam), Sabah (2.67 malam) dan Terengganu (2.59 malam).

Beliau seterusnya menyatakan berdasarkan profil sosial dan demografi pelawat domestik, sembilan negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menerima majoriti pelawat domestik daripada isi rumah berpendapatan antara RM5,001 dan RM10,000 sebulan.

Sementara itu, baki tujuh negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak mencatatkan peratusan tertinggi pelawat domestik daripada isi rumah berpendapatan RM1,001 hingga RM3,000 sebulan. - Bernama