Selangor ambil langkah pengesanan awal Mpox

Iklan
Kerajaan negeri mengambil langkah pengesanan awal bagi menangani penularan virus cacar monyet atau monkeypox (Mpox) di Selangor.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri mengambil langkah pengesanan awal bagi menangani penularan virus cacar monyet atau monkeypox (Mpox) di Selangor.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, inisiatif itu diambil susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penambahan satu kes positif Mpox pada 16 September lalu menjadikan jumlah keseluruhan 10 kes sejak 26 Julai 2023.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri akan memperkukuh pengurusan Mpox melalui taklimat berkala dan program pendidikan perubatan berterusan (CME) di peringkat daerah dan negeri.

"Saya akan mengadakan kerjasama erat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi mengemas kini situasi terkini Mpox dari semasa ke semasa serta merangka tindakan proaktif dan pencegahan untuk mengawal penyebaran kes jika diperlukan," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Mpox merupakan sejenis jangkitan virus di bawah Orthopoxvirus yang gejala utama termasuk demam dan ruam jenis maculopapular atau lepuh pada badan.

Individu yang dijangkiti boleh menyebar virus kepada orang lain sehari sebelum mengalami gejala sehingga lepuh pada kulit kering sepenuhnya.

Iklan

Jamaliah menasihatkan orang ramai menjalankan pemeriksaan dan rawatan jika bergejala serta mengelak bersentuhan dengan individu lain yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus tersebut.

"Amalkan pencegahan kesihatan awam bagi mengelak penularan jangkitan.

"Kerajaan negeri turut menasihatkan individu yang merancang melawat ke negara dilaporkan terdapat kes Mpox agar sentiasa mengambil langkah berwaspada dengan mengamalkan kesihatan kendiri," katanya.

Selain itu katanya, semua pengembara yang kembali dari negara-negara berkenaan diminta memantau kesihatan diri selama 21 hari selepas tiba dalam negara.

Ujarnya, kerajaan negeri serta JKNS akan memantau situasi Mpox di dalam dan luar negara yang perkembangan terkini akan diumum dari semasa ke semasa.