Ghairah untuk hidup mewah undang terima ‘duit bawah meja’

Iklan
Zairudin Hashim

SHAH ALAM - Gaya hidup mengambil ‘duit bawah meja’ dalam kalangan pihak berkuasa berlaku disebabkan kecenderungan dan keghairahan untuk menikmati gaya hidup mewah serta melampaui kemampuan diri.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, tabiat menerima rasuah tidak sepatutnya menjadi norma tambah lagi dalam sistem perkhidmatan yang melibatkan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Dalam konteks isu pihak berkuasa yang menerima rasuah, ia berbalik kepada soal sikap dan tabiat buruk kerana mereka akan menghancurkan integriti dan amanah rakyat serta kesetiaan kepada negara.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'counter setting' atau 'laluan kaunter khas'.

Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 49 penguat kuasa terlibat adalah pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya, tabiat buruk itu bukan sahaja merosakkan reputasi sesebuah syarikat atau agensi, tetapi juga akan membuatkan masyarakat hilang kepercayaan kepada organisasi berkenaan.

Iklan

"Antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan pihak berkuasa adalah kerana sikap tamak, wujudnya peluang untuk melakukan perbuatan terkutuk, serta tahap integriti yang rendah dalam kalangan pegawai terbabit.

"Ketua jabatan atau penyelia perlu memainkan peranan dalam aspek penyeliaan staf bawahan khususnya semasa membuat sebarang tuntutan agar syarikat atau jabatan dapat mengamalkan tadbir urus yang baik dan bebas daripada rasuah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zairudin berpendapat, selagi kesedaran dan kebencian terhadap rasuah tidak dapat dipupuk dari kecil, tabiat terkutuk tersebut akan susah untuk dihapuskan dalam kalangan masyarakat.