Budak 4 tahun hanyut ketika seberang sungai

Iklan
Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya. Foto hiasan

TAWAU - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas hanyut ketika menyeberang sungai bersama bapanya dalam kejadian di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas, di sini pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Putri Jimar, 4, dipercayai terlepas dari tangan bapanya ketika cuba menyeberang sungai tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu berhubung kejadian itu pada jam 6.06 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Tawau.

Iklan

"Menurut pengadu, mangsa kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air bersama agensi lain dan orang awam dengan radius pencarian sejauh dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Bagaimanapun Jemishin berkata, kanak-kanak tersebut belum ditemui setakat ini.

"Operasi SAR ditangguhkan pada jam 8.11 malam dan akan disambung semula pada esok pagi.

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.