SK Seksyen 20, Shah Alam sudah sedia gempur lawan

Iklan
Skuad Bawah 12 tahun SK Seksyen 20, Shah Alam yang menggalas cabaran dalam Piala Raja Muda Selangor 2024.

PENYANDANG juara Piala Raja Muda Selangor, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20, Shah Alam menjangkakan saingan kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun edisi ke-35 kali ini lebih sengit berbanding 2023.

Namun menurut penolong pengendali SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari, anak buahnya menjanjikan permainan lebih berkualiti selepas saingan dibuka kepada pasukan luar daerah Petaling kali ini.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah SK Seksyen 20 dapat sekali lagi menggalas cabaran dengan status juara bertahan apabila diundi dalam Kumpulan A.

"Kami percaya pesaing dalam Kumpulan A kali ini bukan calang-calang pasukan yang datang dari luar daerah Petaling.

Iklan

"Biarpun kami melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif peluang untuk pasukan SK Seksyen 20 menampilkan permainan lebih berkualiti," katanya yang mengendalikan pasukan bersama Muhammad Fadzli Baharudin kepada Sukan Sinar.

SK Seksyen 20, diundi dalam Kumpulan A bersama SK Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor; SK Taman Samudera, Gombak dan SK Taman Nirwana, Hulu Langat.

Iklan

Mengenai persiapan pasukan kali ini, Muhammad Fadzli berkata:"Pasukan SK Seksyen 20 telah melakukan persiapan awal apabila mula menjalani latihan sejak Januari lalu.

"Kami juga telah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab sekitar Shah Alam bagi mendapatkan minit permainan.

"Perlawanan persahabatan ini penting bagi membolehkan barisan jurulatih melakukan penambahbaikan semula pasukan sebelum berdepan SK Seri Selangor, Subang Jaya dalam aksi Piala Sumbangsih pada Oktober ini diikuti saingan perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

INFO

SK Seksyen 20, Shah Alam

Guru Besar:

Lutfee Ismail Amir

Pengurus:

Nur Imanina Shaari

Ketua Jurulatih:

Muhammad Fadzli Baharudin

Jurulatih:

Nik Juhaidi Tarmizi,

Yahaya Labai,

Alif Mohd Drus,

PENJAGA GOL

1. Que Mikail

2. ⁠Muhammad Adam

PERTAHANAN

3. Ahmad Faiq Furqan

4. ⁠Muhammad Aiman

5. ⁠Darwisy Ikram

6. ⁠Muhammad Irfan

7. Muhammad Damien

8. Aqil Hafi

TENGAH

9. Danish Izz Zafran

10. ⁠Umar Ziqri

11. ⁠Thaqif waiz

12. Muhammad Aqeel

13. Muhammad Irsyad

PENYERANG

14. Aish Rayyan

15. Rayyan Rizqin

16. Arif Nufail

17. Muhammad Daniel

18. Muhammad Bukhari