Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat

Iklan
Anwar berucap pada Himpunan Keadilan yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lalu, di Stadium Axiata Arena hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk bawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Beliau berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau untuk 'turun' daripada jawatannya.

Iklan
Iklan

"Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum.

"Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini," katanya ketika berucap dalam Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar tindakan pembangkang yang sering mengulangi statusnya sebagai bekas banduan.

"Dulu kamu, bapak-bapak kamu, pemimpin-pemimpin Pas antara benteng pertama pertahankan kami dan menolak fitnah itu.

Iklan

"Sekarang anak-anak mereka yang jahil tentang sejarah, yang jadi perkakas kepada perasuah, yang menjadi alat kepada pencuri harta, sekarang mau jadi jaguh,” katanya.

Menurut Anwar, pejuang besar seperti bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor; bekas Murshidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Mohd Taib yang mempertahankan dirinya.

"Kerana apa? kerana mereka tahu hukum, mereka tahu Islam, mereka tahu apa fitnah dan mereka tahu bagaimana sang saka tua zalim serta menindas rakyat.

"Itu pendirian pemimpin-pemimpin lalu, termasuk pemimpin-pemimpin Pas,” jelasnya.