KDA FC, Sri Pahang FC sama kuat di Darul Aman

Iklan
Pemain sayap KDA FC, Sukhrob Nurulloev (dua kanan) cuba dihalang oleh pertahanan Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat. Foto KDA FC

SRI Pahang FC berjaya bangkit mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 2-2 pada aksi Liga Super 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Keputusan tersebut dilihat adil buat kedua-dua pasukan untuk berkongsi satu mata selepas menampilkan persembahan yang cemerlang sehingga ke wisel penamat.

Iklan
Iklan

KDA FC yang sebelum ini terpalit dengan isu kewangan terlebih dahulu ketinggalan 0-1 hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-52.

Walaubagaimanapun, Sang Kenari mengikat kedudukan 1-1 enam minit kemudian hasil jaringan Halim Saari selepas menerima umpanan menarik ketua pasukannya, Sony Norde.

Iklan

Stadium Darul Aman kemudiannya terus bergema dengan sorakan penyokong KDA FC apabila pemain sayapnya, Sukhrob Nurulloev berjaya menggelecek pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol pada minit ke-65 untuk tuan rumah berada di hadapan 2-1.

Jaringan tersebut nyata mengejutkan Sri Pahang FC yang kembali menyusun permainan untuk memburu gol penyamaan.

Iklan

Usaha tanpa lelah yang dipamerkan oleh pelawat akhirnya membuahkan hasil

apabila penyerangnya, Kpah Sherman berjaya menjaringan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-79 selepas menerima hantaran mykola Ahapov.