UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak

Iklan
Seorang budak lelaki duduk di atas serpihan selepas pengeboman Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

NEW YORK - Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Chaiban memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara.