UMPSA buka ruang bantu pelajar masuk universiti

Iklan
UMPSA beri ruang kepada semua pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan lain-lain keperluan bagi memudahkan urusan memasuki UMPSA. (Gambar kecil: Dr Yuserrie Zainuddin)

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memberi ruang kepada semua pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan lain-lain keperluan bagi memudahkan urusan memasuki UMPSA.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, pihak universiti dan Yayasan UMPSA sentiasa prihatin dalam menghulurkan bantuan untuk pelajar berkeperluan dalam meringankan beban mereka terutamanya semasa melangkah masuk ke universiti itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi pelajar berkeperluan, Bantuan Awal Insentif Pendidikan Yayasan UMPSA dan Yayasan Perkasa Siswa RM1,000 disediakan sebagai persediaan sebelum mereka memasuki universiti selain bantuan komputer riba untuk kemudahan pengajian pelajar terlibat.

"Selain itu, bantuan lain, antaranya Bantuan CARE4U Yayasan Perkasa Siswa (RM200), Bantuan Yayasan Pelajaran Mara Tajaan Ekuiti Nasional (RM2,500).

Iklan

"Pelajar juga berpeluang menerima Bantuan Dermasiswa B40 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan membiayai keseluruhan kos yuran pengajian dan bantuan elaun wang saku pelajar sepanjang tempoh pengajian di UMPSA,” katanya.

Sementara itu, Yuserrie berkata, 150 pelajar lepasan diploma, matrikulasi, politeknik, Kolej Vokasional dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang cemerlang dan terpilih menyambung pengajian di UMPSA juga bakal menerima Insentif Kecemerlangan Yayasan UMPSA bagi sesi akademik tahun ini.

Iklan

"Sehingga kini, 162 bakal pelajar berkeperluan daripada keluarga B40 telah dikenal pasti.

"Daripada jumlah itu, 30 pelajar miskin telah dihubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan disusuli dengan Program Ziarah Prihatin untuk mengenal pasti keperluan pendaftaran pelajar termasuk pengangkutan ke universiti,” ujarnya.