Tingkatkan harga lantai rokok
Iklan
SEJAK pengguguran Rang Undang-Undang Generational End Game (GEG) yang bertujuan melarang tabiat merokok bagi mereka yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya, timbul pertanyaan daripada khalayak mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan rokok dalam kalangan orang muda.
Menjelang Belanjawan 2025 yang bakal diumumkan bulan depan, kerajaan harus mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan cukai eksais rokok dan harga lantai rokok. Cukai eksais rokok telah dinaikkan pada 2015 dan tiada penyelarasan harga yang dibuat sejak itu.