Banjir: Anwar kunjungi tiga pusat pemindahan hari ini

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu dijadual mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Kedah.Gambar hiasan

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu dijadual mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Kedah.

Dalam lawatan singkat tersebut, Anwar akan meninjau situasi banjir di negeri itu dengan mengunjungi PPS Stadium Sultan Abdul Halim, diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan seterusnya ke PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi ini ketiga-tiga PPS tersebut menempatkan seramai 1,349 mangsa daripada 467 keluarga dari daerah Kota Setar.

Bagi keseluruhan Kedah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di 42 PPS di enam daerah meningkat kepada 7,494 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 6,760 orang pada 8 malam tadi.

Iklan

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Perdana Menteri akan turun ke Kedah pada Sabtu bagi meninjau situasi terkini banjir.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta jabatan dan agensi berkaitan telah digerakkan ke PPS di negeri itu. - Bernama

Iklan