Warga emas maut, isteri cedera kereta rempuh lori balak

Iklan
Keadaan kereta dan lori balak yang terlibat dalam kemalangan dinaiki mangsa Lori balak yang di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Jelatok di Pasir Mas pada Sabtu.

TANAH MERAH - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah lori balak di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Jelatok di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu mangsa, Tan Ah Wang, 71, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kaki, sementara isterinya, Kang Bee Siau, 66, cedera ringan di tangan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori balak itu pada jam 6.45 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila lori terbabit dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas telah berhenti untuk memasuki simpang kanan.

Iklan

"Semasa lori membelok ke kanan telah datang sebuah kereta yang dipandu mangsa dari arah Pasir Mas menghala ke Tanah Merah lalu merempuh muatan balak terbabit di bahagian tayar belakang sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut warga emas berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang cedera dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

Iklan

Ujarnya, manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan," katanya.