Bekalan ayam ke MRSM wajib ada sijil halal - Asyraf Wajdi

Iklan
Bekalan ayam yang dibekalkan ke MRSM wajib mempunyai sijil halal. Gambar kecil: Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Semua bekalan ayam dan bahan mentah yang dibekalkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) wajib mempunyai sijil halal.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap kontraktor makan wajib memperincikan secara bertulis dan menjadi sebahagian dokumen kontrak semua perincian bahan-bahan mentah.

Iklan
Iklan

Selain itu, mereka turut disyaratkan untuk menyenaraikan nama pembekal termasuk jenama dan sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan yang berkaitan.

"Tidak benar dakwaan yang dibuat oleh penceramah dakwa ayam yang dibekalkan ke MRSM, ada daripada syarikat yang tak dapat sijil halal.

Iklan

"Saya juga sudah mengarahkan dengan tegas agar pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan dibuat bukan sahaja oleh pengetua, penyelia asrama, warden bahkan pegawai daripada Mara daerah serta negeri juga secara berkala oleh pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara ibu pejabat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Tambah Asyraf, semua itu dilakukan bagi memastikan semua bekalan dan spesifikasi bekalan makanan yang disediakan untuk pelajar adalah mengikut apa yang telah disyaratkan dalam kontrak termasuk soal yang paling penting iaitu kebersihan dan keselamatan.

Iklan

"Insya-ALLAH saya sendiri dari semasa ke semasa akan lakukan terjahan dan lawatan mengejut ke semua MRSM supaya tiada perlanggaran dilakukan.

"Saya mengambil tanggungjawab kerana ini adalah amanah yang saya galas.

"Sudah tentu kesejahteraan dan keberkatan untuk para pelajar adalah keutamaan saya,” jelasnya.