Rugi RM134,165 terpedaya skim labur RM300 diberi pulangan RM10,000

Iklan
Seorang warga emas kerugian RM134,165 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud sejak Ogos lalu.Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM134,165 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada 15 Ogos lalu, lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan saham melalui laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam tempoh enam jam.

"Dalam tempoh 10 hingga 19 September lepas, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM134,165 menerusi 20 kali transaksi ke lapan akaun bank berbeza.

Iklan

"Satu laporan polis telah diterima dan sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Iklan

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," tambahnya.