Lelaki ugut bakar anak umur 2 tahun positif dadah

Iklan
Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine.Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

Iklan
Iklan

"Suspek masih direman sehingga 25 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mangsa berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan dalam keadaan sihat.

Iklan

Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis setelah menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.

Suspek dilaporkan bertindak demikian kerana dipercayai tidak bersetuju dengan perceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes. - Bernama

Iklan