JDT di ranking ketujuh Asia, pertama di Asia Tenggara

Iklan
JDT terus kekal sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus mempamerkan taring mereka apabila kini berada di ranking ketujuh pasukan terbaik di Asia berdasarkan kemas kini data oleh laman statistik Opta Analyst pada Sabtu.

Skuad Harimau Selatan itu memungut 77.7 mata untuk naik satu anak tangga dari kedudukan kelapan pada Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Perkara itu dikongsikan di laman Facebook Johor Southern Tigers yang turut memaklumkan juara 10 kali Liga Super itu kini berada di kedudukan ke-260 dunia.

Malah, skuad kendalian Hector Bidaglio itu kekal memegang penguasaan sebagai pasukan terbaik di di Asia Tenggara.

Iklan

"Kelab JDT kini berada di ranking ke-260 dunia, ketujuh di Asia dan pertama di Asia Tenggara berdasarkan data yang dikeluarkan laman Opta Power Ranking.

"Laman analisis bola sepak ini menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia. Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai top 1,000 seluruh dunia," katanya.

Iklan

Sebelum ini, kelab itu terus mengekalkan rekod cemerlang mereka di pentas Liga Malaysia apabila memenangi Piala FA dan terus menguasai saingan Liga Super.

Malah, mereka juga berjaya mengikat gergasi Liga China, Shanghai Port 2-2 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 pada Rabu lalu.