Pemain Newcastle tak ikut taktikal

Iklan
Bruce mendakwa anak didiknya tidak memiliki kualiti permainan sebagaimana yang dikehendakinya. -Foto Reuters

PENGURUS Newcastle United Steve Bruce mengakui dia kurang memiliki pemain yang beraksi mengikut corak taktikal yang diingininya.

Katanya, skuad The Magpies itu dilihat tidak memiliki kualiti permainan sebagaimana yang sepatutnya dimiliki.

Iklan
Iklan

Malah skuad kendaliannya itu pernah menerima cacian daripada penyokong sendiri gara-gara terikat tanpa jaringan dengan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich dan kelab Divisyen 1, Oxford United pada pada aksi pusingan keempat Piala FA Inggeris di St James Park, baru-baru ini.

"Kami akan ke Oxford Selasa ini untuk aksi ulangan Piala FA. Saya sebenarnya mahu meletakkan dua penyerang di hadapan, tapi saya tak fikir mereka (pemain) bersedia.

Iklan

"Menyediakan pasukan begini bukan cara saya. Kami boleh jadi lebih baik dan saya sebenarnya masih belum mencapai ke tahap di mana saya fikirkan dan inilah yang saya harapkan terjadi.

"Malangnya, kita langsung tidak hampir ke arah itu,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Newcastle kini berada pada kedudukan ke-12 EPL dengan 31 mata hasil lapan kemenangan, tujuh seri dan tewas 10 kali daripada 25 perlawanan setakat ini.

Dalam pada itu, Bruce turut menyelar pihak yang mengatakan skuad kendaliannya itu bernasib baik untuk berada pada kedudukan ke-12 EPL ketika ini dengan mengumpul 31 mata.

"Perkara berkenaan (nasib baik) mungkin benar beberapa minggu lalu, tetapi kalau ikutkan tempoh tujuh bulan lalu, tidak.

"Ia bagaikan satu penghinaan kepada pemain. Mereka (pemain) mungkin bukan yang terbaik, tetapi mereka telah memberikan aksi sebaik mungkin,” katanya.