KSN cabar MRL siapkan ECRL lebih awal

Iklan
Shamsul (duduk) ketika menaiki salah satu Heavy Duty Rail Vehicles dalam lawatan kerjanya. Pix kredit FB Shamsul Azri

KUANTAN - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mencabar pasukan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) supaya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat disiapkan lebih awal daripada jadual iaitu suku keempat tahun 2026.

Menurutnya, projek tersebut akan dipantau secara rapat oleh beliau susulan ia memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Pengoperasian ECRL kelak akan memberi peluang kepada pengguna dan orang awam untuk menaiki tren ECRL dari Gombak ke Tunjong, Kelantan dengan hanya empat jam sahaja.

"Ia juga menjadi pemangkin kepada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat selaras dengan hasrat Malaysia Madani," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata sedemikian selepas meneruskan lawatan kerja minggu ke tapak CCC ECRL Project Management Section 10 di sini.

Ujarnya, turut dijalankan satu taklimat mengenai prestasi kerja pembinaan laluan ECRL dari pasukan kerja MRL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Iklan

Jelas beliau, pembinaan laluan ECRL sehingga kini telah mencapai sekitar 72 peratus dan dijangka dapat beroperasi pada Januari 2027.

"Secara keseluruhan, jajaran ECRL ini meliputi jarak sepanjang 665 km dengan pembinaan 20 stesen penumpang dan melalui 41 buah terowong yang meliputi tiga negeri sepanjang Pantai Timur sehingga ke Selangor.

"Saya turut berpeluang menaiki salah satu keretapi Heavy Duty Rail Vehicles sejauh 20 minit dan seterusnya singgah ke stesen penumpang KotaSAS," tambah beliau.