Penduduk dakwa ahli GISBH tidak ramah, hidup dalam 'dunia sendiri'

Iklan
Antara individu yang dibawa ke IPK Selangor untuk tindakan lanjut.

GOMBAK - Penduduk di Bandar Country Homes dekat sini mendakwa ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hidup dalam 'dunia sendiri' serta memilih kelompok tertentu untuk bergaul.

Penduduk yang enggan dikenali itu berkata, kebanyakan ahli GISBH ini memencilkan diri dan tidak ramah dengan masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

"Mereka macam hidup dalam dunia sendiri, ibarat mereka tidak perlu 'bergantung' dengan penduduk kerana ada komuniti sendiri serta boleh berdikari.

"Saya pernah mendapatkan khidmat perubatan di klinik mereka, langsung tak peramah, sama ada mereka anggap saya orang luar, itu tak pasti,” katanya ketika ditemui media dalam Op Global di Bandar Country Homes, Rawang pada Sabtu.

Iklan

Serbuan Op Global ke atas pusat perniagaan berkenaan dilakukan 50 pegawai dan 200 anggota Polis Kontinjen Selangor bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dibantu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 6.30 pagi.

Lebih 10 individu termasuk kanak-kanak, remaja, wanita dewasa kemudiannya dibawa menaiki van polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk proses dokumentasi diri.

Iklan

Pihak MPS turut merobohkan beberapa struktur haram termasuk menyita premis perniagaan GISBH yang tidak berlesen.