Laluan terhalang akibat tanah runtuh di Brinchang, Cameron Highlands

Iklan
Kejadian tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, KM67 berhampiran Agro Market dekat Cameron Highlands pada Sabtu. Foto Ihsan PDRM

CAMERON HIGHLANDS - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Besar Brinchang Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah itu menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian tersebut telah menyebabkan laluan terbabit telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok-pokok dan tiang elektrik yang berhampiran tumbang.

Sebuah kereta rosak dihempap tiang elektrik tumbang akibat tanah runtuh. Foto Ho Chi Yang

"Sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan itu rosak akibat terhempap dengan tiang elektrik yang tumbang.

Iklan

"Walaubagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Kerja-kerja pembersihan laluan sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

Iklan
Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan di tempat kejadian. Foto FB Ho Chi Yang

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang dalam hantaran Facebooknya menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak berkaitan.

"Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan semua agensi yang terlibat dalam operasi pemulihan demi menjamin keselamatan penduduk dan pelancong," ujarnya.