GISBH: Tiada keperluan keluarkan fatwa baharu

Iklan
Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tiada keperluan untuk mengeluarkan fatwa baharu berhubung ajaran dan kepercayaan dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) jika mempunyai kaitan dengan Al-Arqam.

Menurut beliau, ini kerana fatwa ajaran Al-Arqam yang telah dikeluarkan sebelum ini sudah lengkap untuk dijadikan sebagai rujukan.

Iklan
Iklan

"Kalau yang ada ini merupakan rangkaian Al-Arqam, maka kita sudah putuskan fatwanya.

"Kecuali ada elemen, unsur atau fakta baharu yang belum mencukupi fatwa lama barulah kita akan buat keputusan baharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Media tempatan pada Jumaat melaporkan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Ia menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Iklan

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.