Air pasang besar: Benteng pesisir pantai Sungai Kajang rebak

Iklan
Benteng pesisir Pantai Sungai Kajang rebak berikutan fenomena air pasang besar pada pagi Sabtu.

KUALA SELANGOR - Benteng pesisir Pantai Sungai Kajang rebak berikutan fenomena air pasang besar di sini pada pagi Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu menyebabkan limpahan air laut dan benteng penahan ombak sepanjang 1.5 kilometer dibina Jun lalu itu sebahagiannya rebak.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, projek pembinaan ban itu dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membabitkan kos bernilai RM4.9 juta dan dijangka siap pada 2026.

"Keadaan masih terkawal meskipun benteng penahan hakisan rebak akibat fenomena air pasang besar," tambah beliau.

Iklan
Mohd Raiz

Sebelum ini, tular di aplikasi X mengenai fenomena air pasang besar menghentam ban di pesisir Pantai Sungai Kajang pada Sabtu.

Dalam pada itu, katanya, pusat pemindahan sementara (PPS) di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang telah ditutup pada jam 12.38 tengah hari pada Sabtu.

Iklan

Kata beliau, PPS itu sebelum ini dibuka pada Khamis lalu itu menempatkan seramai 101 mangsa daripada 36 keluarga berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki banjir akibat fenomena air pasang besar.

"PPS itu menempatkan seramai 49 lelaki dan 52 perempuan dengan pecahan seramai dewasa 73 orang, 26 kanak-kanak dan dua bayi," tambah beliau.