TOKYO - Sebuah bot yang membawa kira-kira 10 penumpang terbalik di perairan berhampiran Enoshima di bandar Fujisawa, wilayah Kanagawa, Jepun pada Sabtu, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku pada jam 4.50 petang waktu tempatan, kira-kira 200 meter dari pantai, lapor penyiar nasional NHK.
Operasi menyelamat kini sedang giat dijalankan, namun keadaan terkini penumpang masih belum dapat dipastikan. - Bernama