Tanah runtuh: Seorang maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam terowong di Jepun

Iklan
Penduduk tempatan melihat kereta yang terperangkap di jalan yang musnah akibat hujan lebat di Suzu,Ishikawa, Jepun. Foto EPA

TOKYO - Seorang maut dan 20 lagi dikhuatiri terperangkap dalam sebuah terowong selepas tanah runtuh akibat hujan lebat di Wilayah Ishikawa, Jepun, lapor Sputnik memetik agensi berita Kyodo pada Sabtu.

Terowong di bandar pesisir Wajima itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi 1 Januari lepas yang memusnahkan Wajima dan kawasan berhampiran Suzu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa tempatan dipetik oleh Kyodo berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah itu. Kira-kira 44,500 penduduk di Wajima, Suzu dan Noto telah diarahkan untuk berpindah.

Hujan lebih 299.7 milimiter (MM) direkodkan di Wajima dalam tempoh 24 jam, memecahkan rekod 49 tahun, lapor penyiar NHK. Suzu pula mencatatkan hujan lebih 198mm. Hujan turut menyebabkan 16 sungai di Wilayah Ishikawa melimpah keluar dari tebing. - Bernama

Iklan
Iklan