Atishi Marlena angkat sumpah Ketua Menteri Delhi

Iklan
Atishi Marlena. Foto Agensi
NEW DELHI - Ketua Parti Aam Aadmi, Atishi Marlena mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu wilayah ibu negara India, Delhi pada Sabtu, lapor Xinhua.

Atishi yang memimpin parti pembangkang India itu merupakan pemimpin termuda yang dilantik sebagai Ketua Menteri Delhi. Beliau pernah memegang pelbagai portfolio dalam Kerajaan Delhi di bawah pimpinan Arvind Kejriwal sebelum ini.

Peluang Atishi untuk mengetuai kerajaan tempatan Delhi timbul selepas peletakan jawatan Kejriwal, susulan pembebasan beliau dengan jaminan daripada mahkamah tertinggi negara.

Atishi akan mengetuai Kerajaan Delhi untuk tempoh singkat memandangkan pilihan raya tempatan di Delhi dijadualkan berlangsung pada Februari tahun depan. - Bernama