Chelsea belum puas beli pemain

Iklan
Enzo Maresca

PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca berkata The Blues berhasrat untuk membeli lebih ramai pemain Januari ini agar dapat merapatkan jurang dengan Manchester City dan Arsenal.

Chelsea telah melaburkan wang yang banyak pada jendela perpindahan lalu apabila membelanjakan £219 juta untuk membeli pemain.

Iklan
Iklan

Ia menjadikan perbelanjaan keseluruhan untuk pasukan sejak konsortium Todd Boehly-Clearlake mengambil alih kelab pada Mei 2022 kepada lebih £1 bilion.

Bagaimanapun Maresca tidak melihat Chelsea bersedia untuk bersaing dengan Manchester City dan Arsenal, yang kini masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Iklan

"Saya fikir kami adalah skuad yang sangat bagus tetapi ada kelab seperti Manchester City dan Arsenal yang mendahului kami.

"Semoga (jika) kita maju dan (terus) bertambah baik, kita boleh perlahan-lahan dekat dengan mereka. Tetapi saya fikir ia agak jelas bahawa pada masa ini Arsenal dan Manchester City mendahului yang lain.

Iklan

"Itu bermakna Chelsea perlu membeli lebih ramai pemain. Sasaran selepas musim panas lalu adalah untuk cuba melakukan pembelian secara lebih spesifik.

"Ini adalah sasaran untuk Januari dan untuk musim panas akan datang," katanya.