Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel makin melampau

Iklan
Serangan Israel di selatan Beirut mengorbankan nyawa penduduk. Foto AFP.

ISHIKAWA - Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat, orang ramai mendakwa Israel telah melampaui garis merah.

Hizbullah mengesahkan Ahmed Wahbi, seorang komander utama yang mengawasi operasi ketenteraan pasukan khas Radwan dalam konflik Gaza sehingga awal 2024 terbunuh dalam serangan tersebut.

Iklan
Iklan

Tentera Israel dan sumber keselamatan di Lubnan memaklumkan Ibrahim Aqil turut terbunuh bersama beberapa anggota senior unit elit Hizbullah dalam serangan udara itu. Ini sekali gus meningkatkan ketegangan dalam konflik yang berlarutan selama setahun antara kedua-dua pihak.

Warganegara Lubnan, Mohamed Sebai mendakwa tindakan Israel mengingatkan tentang apa yang dilakukan rejim itu di Gaza.

Iklan

"Israel adalah penjenayah-penjenayah perang, ia mengingatkan kita tentang apa yang dilakukannya di Gaza, dan kini ia bermula di Lebanon. Apa yang kami lihat semalam, mengingatkan kami kepada tahun 1982. Israel tidak boleh dipercayai, mereka tidak takut kepada Tuhan. Kami melihat mereka lakukan berturut-turut pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

"Apa yang boleh saya katakan, mereka adalah penjenayah. Masih ada orang di bawah runtuhan. Mereka (Israel) tidak takut kepada Tuhan, mereka telah melanggar garis merah," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, puluhan ribu orang telah dievakuasi dari kediaman mereka di kedua-dua belah sempadan Israel-Lebanon sejak Hizbullah melancarkan roket ke arah Israel.

Pasukan penyelamat di Beirut sedang gigih mencari mangsa yang masih hilang di bawah runtuhan pada hari Sabtu selepas serangan udara oleh Israel yang menyasarkan komander Hezbollah pada hari sebelumnya.

Serangan terbaharu itu mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang di sebuah kawasan pinggir ibu negara Lubnan, menurut pihak berkuasa. - Awani