Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Iklan
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 8,898 mangsa daripada 2,871 keluarga yang berpindah ke 44 PPS di lima daerah. Foto Bernama

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 8,898 mangsa daripada 2,871 keluarga yang berpindah ke 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat jam 8 pagi hari ini.

Peningkatan jumlah mangsa itu berbeza berbanding 8,514 mangsa daripada 2,728 keluarga yang direkodkan setakat jam 12 tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Jumlah PPS yang masih aktif iaitu lima daerah setakat ini adalah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang Bandar Baharu dan Pokok Sena. Berdasarkan laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 5,099 mangsa daripada 1,698 keluarga ditempatkan di 18 PPS yang aktif setakat ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 4,717 mangsa daripada 1,554 keluarga sebelum ini.

Iklan

Daerah Pendang mencatatkan pertambahan jumlah mangsa iaitu 1,487 mangsa daripada 449 keluarga berbanding 1,485 mangsa daripada 450 keluarga di 10 PPS setakat ini.

Selain itu, daerah Kubang Pasu mencatatkan peningkatan mangsa kepada 1,382 orang daripada 444 keluarga berbanding 1,483 mangsa daripada 450 keluarga.

Iklan

Mangsa banjir di Pokok Sena pula masih kekal seramai 783 mangsa daripada 246 keluarga manakala daerah Bandar Baharu juga kekal 147 mangsa daripada 34 keluarga di sebuah PPS yang masih dibuka setakat ini.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di daerah Kota Setar terus melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 7 pagi hari ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman.

Selain itu, Sungai Bata di daerah Kubang Pasu juga masih melepasi paras bahaya setakat ini.