Liverpool buat Bournemouth terkial-kial di Anfield

Iklan
Diaz antara pencetak gol Liverpool di Anfield. Foto Agensi

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot memuji keagresifan The Reds apabila bangkit daripada diaibkan Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, dengan menewaskan Bournemouth, 3-0 di Stadium Anfield.

Pemain sayap Luis Diaz menjaringkan dua gol (m-26, m-28) diikuti Darwin Nunez (m-37) menjaringkan gol liga pertamanya musim ini sekaligus membuatkan Bournemouth terkial-kial untuk kembali semula dalam permainan selepas itu.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya ia tidak semudah yang mungkin ditunjukkan menerusi jaringan. Saya rasa Bournemouth berada dalam permainan, walaupun hakikatnya mereka ketinggalan 0-3, mereka tidak mengalah hingga ke penghujung yang anda tidak banyak melihatnya.

"Saya sangat menyukai cara kami memulakan permainan, kami benar-benar agresif, mencipta peluang yang mencukupi sebelum menjaringkan gol pertama, dan kami terus bertahan dengan sangat konsisten hingga ke penghujung perlawanan," kata Slot.

Iklan

Selepas persembahan hambar menentang Forest, Slot mengakui gembira dengan cara Reds melaksanakan tugasan sepanjang perlawanan berkenaan.

Malah Slot masih dalam proses merealisasikan gaya permainannya di Anfield selepas a mengambil alih kepimpinan Liverpool daripada Jurgen Klopp.

Iklan

"Itulah sebabnya kami bekerja di tempat latihan, untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada pasukan, dan hasil daripada itu juga daripada individu - mereka perlu memahami bahawa setiap orang mempunyai kaitan antara satu sama lain," kata Slot.