LUAS kesan insiden tumpahan minyak diesel

Iklan
Keadaan air susulan insiden tumpahan minyak minyak diesel. Kakitangan LUAS (kanan) memeriksa keadaan air susulan insiden tumpahan minyak minyak diesel di hulu Sungai Slim, Perak.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan insiden tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Slim, Perak, malam tadi.

LUAS dalam satu hantaran di lam Facebooknya memaklumkan, maklumat berhubung kejadian itu diterima daripada pihak berkuasa negeri Perak sekitar jam 8 malam pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Kawasan tadahan Sungai Slim merupakan sebahagian daripada lembangan Sungai Bernam di Perak yang mana aliran ini juga masuk ke Sungai Bernam, Selangor.

"Pasukan kami dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) segera membuat semakan di Sungai Bernam dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH), selain mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Slim,” katanya menerusi hantaran itu pada Ahad.

Iklan

LUAS turut memaklumkan, sehingga jam 1 pagi pada Ahad, pemantauan bau di lokasi mencatatkan bacaan 0 ton dan keadaan adalah terkawal.

Menurut agensi itu, kedua-dua pihak sedang memantau rapi keadaan semasa di aliran sungai terlibat dan siap siaga untuk mitigasi segera.

Iklan

Tiada kesan minyak, bau dalam insiden tumpahan minyak diesel - LUAS

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan tiada kesan minyak dan bau abnormal dikesan susulan insiden tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Slim, Perak, malam tadi.

LUAS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, pihaknya menamatkan pemantauan pada jam 7 pagi pada Ahad selepas mendapati kualiti air di Sungai Bernam dalam keadaan baik.

"LUAS dan Air Selangor telah melaksanakan pemantauan rapi sepanjang malam di Sungai Slim, Sungai Bernam dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headwork (BRH) di mana bacaan kualiti air (kadar bau) dianalisa setiap jam,” menurutnya menerusi hantaran tersebut pada Ahad.

LUAS menambah, pihaknya akan menjalankan pemantauan susulan di lokasi-lokasi berkaitan dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan tiada potensi serta risiko lain yang boleh menyebabkan permasalahan kepada Sungai Bernam dan sumber air.

Terdahulu, insiden tumpahan minyak diesel dikesan jam 8 malam pada Sabtu dengan maklumat berkaitan diterima daripada pihak berkuasa negeri Perak.

Kawasan tadahan Sungai Slim terbabit merupakan sebahagian daripada lembangan Sungai Bernam di Perak yang mana aliran itu juga masuk ke Sungai Bernam, Selangor.

Pemantauan statik kemudian diaktifkan dan keadaan adalah terkawal.