Fulham hadiahkan Newcastle kekalahan pertama

Iklan
Emile Smith Rowe meledak gol kedua buat Fulham. Foto Agensi

TIGA gol daripada Raul Jimenez, Emile Smith Rowe dan Reiss Nelson menghadiahkan Newcastle United kekalahan pertama apabila tewas 1-3 kepada Fulham semasa kunjungan ke Stadium Craven Cottage bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Newcastle kendalian Eddie Howe yang berusaha menyaingi pasukan tuan rumah berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan Harvey Barnes pada minit ke-46.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu menyaksikan permulaan meyakinkan The Magpies terhenti dalam perlawanan kelima dengan 10 mata manakala kemenangan tersebut membolehkan Fulham kendalian Marco Silva meraih lapan mata hasil dua kemenangan, dua seri dan satu tewas.

"Kami tahu Newcastle adalah pasukan yang sangat kuat jadi kami terpaksa bersabar mendapatkan bola dan menjaringkan gol.

Iklan

"Kami gembira apabila dapat mengambil peluang dalam perlawanan ini, beberapa perlawanan sebelum ini kami bergelut untuk mengambil peluang, jadi kami gembira dengan tiga gol.

"Ia seperti sebuah keluarga dan kami tahu kami mahu melakukan segala-galanya untuk satu sama lain dan mahu bekerja dan mahu menang,” kata Smith Rowe.

Iklan

Magpies memulakan separuh masa kedua dengan lebih mendesak, namun selepas jaringan Barnes, anak buah Howe mensia-siakan deretan peluang menerusi Anthony Gordon, Jacob Murphy dan Fabian Schar.

"Ia bukan sesuatu yang menggembirakan kami. Bola kami tidak cukup bagus dan anda boleh lihat dengan jaringan mereka, kami tidak berada pada tahap sebenarnya.

"Kami memerlukan reaksi selepas rehat. Kami mendapat peluang pada tahap tertentu, namun kami tidak mendapat keputusan sepatutnya pada separuh masa kedua,” kata Barnes.